Assalamulaikum..
Dah sebulan lebih aku posting kt Department of Conservative Dentistry.Rase cam nk tulis pasal Rawatan akar gigi (RCT) plak sebab ni la keje aku skrg.
After baca blog seorg doktor gigi dr malaysia,aku leh wat conclusion yg rakyat malaysia masih ramai tak tahu mengenai rawatan akar ni.
Kalau aku tak jadi doktor gigi pon mesti aku pon xtau jgk..huhu
Dulu aku pernah sakit gigi,then g klinik ckp nk cabut,doktor tu trus jer cabut,bkn nk explain ader cara lain lg yg blh dibuat utk selamatkan gigi tu.Mase tu umur aku baru 14 tahun kot,muda lg utk hilang 1 gigi geraham...waaaaa..(sape suh mkn coklat byk2).
So korg klu ader gigi yg berlubang agak besar dan sakit.jgn cepat2 wat keputusan utk cabut,sila tnyer doktor gigi korg,mybe blh diselamatkn lg melalui rawatan akar (RCT).Even gigi yg mmg dh mahadasyat rongak pon still blh diselamatkan lg kalau akar gigi tu masih kuat.
Kat sni aku nk cerita secara ringkas mengenai RCT ni
1. Mula2 kena la ader pesakit yg mengadu sakit gigi kan.Pesakit aku dtg sbb dia sakit gigi selepas terjatuh.so kiranye ni kes trauma bukan kes gigi rongak.Basic instrument yg diperlukan ialah :
2.Doktor kena pastikan yg jangkitan tu dah merebak ke urat saraf gigi (pulp).So,kenala ambik x-ray utk pastikan.Dalam gambar dibawah ni gigi ni memang dah sure2 kena wat RCT sebab jangkitan kat hujung akar gigi (kawasan gelap kt hujung akar tu maksudnyer ader nanah kat situ)
PERIAPICAL ABSCESS
3. Dah confirm!Doktor akan bg ubat bius kat tempat yg sakit tu sebelum memulakan rawatan supaya pesakit xrase pape nti.
4.Selepas ubat bius dah berkesan,doktor akan mula buat lubang (utk gigi depan,lubang akan dibuat berbentuk segitiga) kat bahagian belakang gigi.
5.Bila lubang urat saraf dah dijumpai,doktor akan membersih atau mengeluarkan urat saraf yg ader dlm lubang tu menggunakan Broaches.
6.Agak2 urat saraf semua dah keluar,x-ray kedua perlu diambil utk memastikan panjang akar gigi.Panjang akar gigi diukur menggunakan K-file yg dimasukkan kedlm lubang saraf (pulp canal) sebelum x-ray diambil.
X-ray yg diambil dianalisa oleh doktor utk mendapatkan pjg akar yg btol sebelum meneruskan rawatan seterusnyer.
7.Katekan la panjang akar 20mm,so doktor akan setkan panjang semua K-File dan H-File kepada 20mm utk process meluaskan dan membentukkan lubang urat saraf tadi (BMP Process).
Process membesar dan membentukkan lubang ini diselangi dgn menyuntik 'saline' dan 'sodium hydroxide' secara bergilir2 ke dlm canal utk membersihkan dan melembutkn dinding canal sepnjg process ini.
K-FILES DAN H-FILES,BROACH,SPREADERS
8.Process BMP ni sgtlah panjang,sebab tu kadang2 pesakit blh tertido dan doktor blh berangan mse ni...huhu
9.Setelah selesai BMP,X-RAY ke tiga perlu diambil utk menentukan ketepatan process BMP, dan utk memastikan sekali lg pjg akar gigi sebelum process terakhir.Kali ni,Gutta Percha (Master cone) dimasukkan kedlm lubang gigi dan x-ray diambil.Jika saiz Master Cone tu cun2 mengisi lubang 'apex' gigi,So,doktor blh truskan dgn process terakhir.
*apex = hujung lubang urat saraf gigi
10.Next,process utk mengisi lubang canal dgn Gutta percha dan 'Zinc Oxide Eugenol'.Process ni dipanggil 'Obturation'.Lubang yg telah dibentukkan tu diisi dgn getah dan ZnO Eu utk menyokong gigi dan mengelakkan jangkitan pada mse akan dtg.
GUTTA PERCHA (GETAH PENYOKONG)
11.Inilah X-ray terkhir selepas selesai RAWATAN AKAR GIGI
kat bawah ni ader video nina tgh wat RCT (access opening) kat gigi Premolar
Jumpa video ini kat utube,bagus utk pemahaman
Tamatlah sudah Rawatan Akar Gigi.Rawatan ini mengambil mase 3 jam utk 1 gigi.
Jagalah gigi betul2,kerana gigi yg dicabut xkan kembali kecuali klu korg nk wat implant (tanam gigi) yg harganya RM5000 sebatang!
p/s:Maaf jika term yg digunekan salah (susah woo nk translate pi BM sbb bljr gune term ENGLISH)







































