CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

sila tinggal kan link anda disini =)

Penaja

ads

Wednesday, March 30, 2011

myMetro | Pasukan khas buru lelaki simbah asid




Assalamualaikum..

Korg baca tak Metro hari ni?????
Ya Allah takotnyer kat malaysia skrg ni...
Ader plak org yg otaknye letak kat lutut,xpasal2 baling acid sesuka ati dia jer..mengong ke aper?
Dah la kat bdk2 sekolah..grrrr!
Sekarang ni nk g mana2 jgn la pergi sorg2,keluarla secara berkumpulan or at least ader sorg org lelaki..

Baca ni..please be careful!!


KUALA LUMPUR: Polis Brickfields menubuhkan pasukan khas bagi menjejaki seorang lelaki misteri bermotosikal sengaja menyimbah asid dalam beberapa kejadian di sekitar kawasan ini dan Bangsar, sejak awal tahun ini.
Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya sedang menjejaki lelaki misteri dipercayai rakyat tempatan berdasarkan warna kulitnya.


Menurutnya, motif kejadian sukar dikesan berikutan suspek tidak memilih mangsa dan membaling cecair berbahaya itu tanpa tujuan.

Katanya, sejak awal tahun ini, pihaknya menerima 10 laporan berkaitan simbahan cecair berbahaya dan dua kejadian di Brickfields membabitkan tiga wanita termasuk seorang parah di muka dan badan.


“Kami sudah menghantar sampel cecair ke Jabatan Kimia dan anggota polis sudah ditempatkan di kawasan Bangsar dan Brickfields yang menjadi tumpuan penyerang misteri yang menunggang motosikal berwarna gelap,” katanya, semalam.



Wan Bari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Beliau berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung lelaki misteri atau kejadian terbabit diminta tampil membantu siasatan.

Sebelum ini, lapan murid tahun enam termasuk empat murid perempuan pernah menjadi sasaran penyerang misteri itu ketika mereka menunggu van sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing di hadapan sebuah sekolah kebangsaan di Bangsar.


Mereka didatangi seorang lelaki menunggang motosikal Yamaha Lagenda sebelum melempar bungkusan plastik berisi cecair. Itu kali kedua kes seumpama itu berlaku di sekolah berkenaan.

Traffic Hanya Di India!

Blog Ping Site

Assalamualaikum..

Cube korg tgk kat-----> SINI  (wajib tgk nih...mesti korg xsangka!)



tgk sendiri mcm mn org2 kat india ni drive.Mesti meremang bulu roma korg!
Aku mmg respect la bdk2 Malaysia yg berani drive kat cni especially Wong and Iggy..hehe

Orang2 kat india ni mmg hebat drive,cekap tp kurang sabar!Diorg paling cekap tekan break secara mengejut dan tekan hon!!Kadang2 tu aku rase mcm nk ketuk jer kepala pakcik Auto!Dah beberape kali dah aku nyaris2 nak accident tp alhamdulillah...mintak dijauhkan la Ya Allah!

Ada sekali tu ada pakcik auto ni nk overtake lori kat depan,selambe jer dia,xtgk cermin dlu..tibe2 bunyi kereta kat belakang break kuat gler!terkejut kitorg!!fuh~~sket jer lg,mse tu dh la kt ats Highway!Kalau nk cerita satu2 mmg pjg la entri ni,so mls lah~huhu

Duk sni lagi la aku fobia nk bwk kereta kat malaysia nti,haih..tp kena jgk!Takkan nk mengharapkan org jer kan..
=(

      sumber:Surfersam.com

Tuesday, March 29, 2011

myMetro | Beras ada najis

myMetro | Beras ada najis

Blog Ping Site

Assalamualaikum..
just wanna share this!



SHAH ALAM: Sepasang suami isteri hampir termuntah apabila mendapati satu kampit beras yang dibeli di sebuah pasar raya di sini, pada 20 Mac lalu berbau busuk seolah-olah najis haiwan.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang kelmarin, mangsa yang ingin dikenali sebagai Azmi, 38, membuka sekampit beras jenama tempatan seberat 10 kilogram yang dibelinya di sebuah pasar raya namun terkejut apabila terhidu bau busuk sebaik membukanya.

Azmi berkata, selepas diperiksa, dia mendapati ada sesuatu benda pelik berada bersama beras itu dan selepas diamati, dia percaya benda itu adalah najis haiwan.

Menurutnya, sebelum ini, dia tidak membuka bungkusan beras itu sebaik dibeli kerana bekalan beras lama masih mencukupi.

“Sebaik sahaja bungkusan beras itu dibuka bau yang keluar amat busuk seperti najis,” katanya.


Menurutnya, dia bimbang kejadian itu akan berulang dan berlaku kepada pengguna lain jika tiada tindakan segera diambil pengeluar beras berkenaan.

“Sepatutnya pihak terbabit perlu memastikan tahap kebersihan yang tinggi sebelum memasarkan barangannya supaya pembeli tidak menjadi mangsa.

“Saya harap pihak berkaitan dapat lebih berhati-hati selepas ini dalam memastikan kualiti barangan yang dijual,” katanya.

Selain itu, katanya, dia juga sudah membuat laporan kepada Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM) untuk tindakan lanjut.

Monday, March 28, 2011

Hari Kiamat dan Hari Kebangkitan

Blog Ping Site

Assalamualaikum....

ingin berkongsi~~
sumber: TheMen OfPen 



 Gambaran Hari Qiamat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 


✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 


✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 


✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 


✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 


✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 


✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 


✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 


✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 


✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 


✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 


ⅰ- Pemimpin yang adil. 


ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 


ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 


ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 


ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 


ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 


ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 



✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 


✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 


✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 


✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 


✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 


✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 


✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 


✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 


✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 


✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan.

 Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 



✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 


✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 


✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 


✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 


✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 


ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 


ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 


ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 


(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 


✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 


✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 


✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 


✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 



Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.




☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Bahana letak komputer riba atas paha





- Petikan dari kosmo

CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam

Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.

Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.

Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.


Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.

Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.

Walaupun secara umumnya tidak berbahaya,ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.

Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.

Sebelum ini, sindromitu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca. - AP

Super Junior 13 members,now A-Peace 21 members!

Blog Ping Site

Assalamualaikum..

Balik dr kolej,wooooww..terkejuz baca dekat allkpop pasal 21 members boyband ni,nk tergelak pon ader jgk..haih xramai sgt ke tu?Meriah btol la stage kali ni..
Nama group dorg A-Peace,dlu dikenali sbg Double B/21 di bwh syarikat Golden Goose Entertainment


Sebenarnya dorg ni debut pada 25/08/2010 tp tak ramai yg tahu pasal boyband ni,skrg dorg plan nk debut kt Jepun. 

Boleh tahan nk pilih yg mne satu pilihan kalbu,xyah nk berebut-rebut..huhu 
Ade gak yg blh tahan tu~ ^_^
Lagu dorg S.O.S pon cam besh!

KLIK cni~~~~~

SOS song!!

ONE song!!

check out video teaser dorg..'LOVER BOY'- Profile video









Sunday, March 27, 2011

Bukan Semua Cantik Subjektif dari MatLuhfi


Assalamualaikum..

Kelakar la MatLuthfi ni,nk pecah perut gelak..haha
Korg layan la video dia kat utube ni...aDeH~~
Part lagu hindustan tu xleh blah...xbley klakar lg ke Matluthfi?? ^_^



    BUKAN SEMUA CANTIK SUBJEKTIF



    MAIN MERCUN MAIN BOLA


  SELAMAT HARI IBU 2010