CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

sila tinggal kan link anda disini =)

Penaja

ads

Monday, May 9, 2011

Utusan Malaysia Online - Mangsa Terbaru Simbahan Acid di Kuala Lumpur

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Blog Ping Site


KUALA LUMPUR 8 Mei - Kegiatan menyimbah sejenis cecair dipercayai asid jenis 'thinner' dan 'alkali' kini dikatakan semakin berleluasa berlaku di ibu negara, dipercayai didalangi dua lelaki bermotosikal.
Penjenayah yang sehingga kini belum diberkas dikatakan mencari mangsa terdiri daripada wanita yang kebanyakannya berketurunan Melayu di sekitar Dang Wangi, Sentul dan Brickfields.
Polis bagaimanapun sehingga kini belum mengenal pasti motif perbuatan jenayah suspek berkenaan.
Difahamkan, kedua-dua suspek, masing-masing bertubuh gempal dan kurus berusia 20 hingga 30 tahun sering menukar jenis motosikal, akan menghampiri mangsa sebelum melemparkan cecair ke arah muka dan tubuh mereka.
Dalam kejadian terbaru semalam, seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia setahun cedera di muka setelah disimbah sejenis cecair di Persiaran Titiwangsa.
Mangsa berusia 30 tahun yang merupakan kakitangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia disimbah asid dalam kejadian pukul 3 petang di hadapan rumah mereka.
Kelmarin, dua wanita berusia lingkungan 20-an yang sedang berjalan kaki di Jalan Pudu Lama turut disimbah sejenis cecair kira-kira pukul 9 malam.
Kira-kira sejam kemudian, seorang wanita turut cedera di muka selepas disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah di tempat letak kereta berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Putra.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, dalam tempoh dua hari lalu, empat laporan polis diterima membabitkan lima orang mangsa.
Katanya, daripada lima mangsa itu, seorang daripada mereka berketurunan India.
"Kita minta orang ramai, khususnya wanita supaya bertenang dan memberi kerjasama kepada polis untuk mengesan penjenayah itu yang sudah dikenal pasti identiti mereka.
"Polis setakat ini mengesan dua suspek berketurunan India ini menaiki motosikal atau menunggu mangsa di laluan yang sunyi sebelum menyimbah mereka menggunakan botol plastik yang sudah dipotong berisi cecair itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Khairi, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu juga diminta mengenali wajah suspek, kenderaan dan nombor pendaftaran mereka serta pakaian dan memaklumkan segera kepada Rakan Cop atau Bilik Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberitahu, sebanyak 10 kes simbah cecair dipercayai asid dilaporkan berlaku di daerah ini sehingga Mac lalu.
"Dalam kejadian terakhir pada Mac lalu, tiga wanita iaitu seorang guru dan dua orang awam dilaporkan telah disimbah cecair itu di pekan Brickfields.
"Setakat ini, tiada mangsa dapat mengecam suspek yang menaiki sebuah motosikal kerana kejadian berlaku begitu pantas," jelasnya.
Bagaimanapun menurutnya, usaha untuk mengesan suspek yang terlibat masih diteruskan kerana bimbang suspek kembali melakukan jenayah sama selepas ini.

Tuesday, May 3, 2011

Keburukan Tidak Menggosok Gigi Dengan Betul dan Ketahui Cara Menggosok Gigi Dengan Betul

Blog Ping Site

Assalamualaikum...

Seperti yg telah dijanjikan dalam entri aku kat sini iaitu mahu tulis cara-cara menggosok gigi dgn betul,so harini aku nk bercerita pasal topik tu.

Sebelum datang india dan belajar dentistry ni,aku memang main gosok jer gigi so sekarang gigi aku ada sedikit masalah iaitu rasa sensitivity/ngilu bila makan coklat atau air sejuk.

Selama ni ingatkan tu macam normal jer tp 2 minggu yang lepas aku pergi check kat klinik doktor cakap ada sedikit abrasion (satu lapisan gigi aku haus dekat dgn bahagian akar).Kiranya dalam bahasa dentistnya Class V.So nanti kena la pergi tampal sikit.Nasib baik la tak seteruk mana lagi.

So.pentingnya kita tahu cara-cara menggosok gigi yg betul sebab jika kita salah gosok gigi nanti lama kelamaan akan jadi camni



GUSI AKAN NAIK KE ATAS (GINGIVA RECESSION) DAN SATU LAPISAN GIGI AKAN   HAUS DEKAT DENGAN AREA AKAR (ABRASION)

Korg bayangkan kalau makanan manis atau pon sejuk terlekat kat kawasan abrasion tu,mesti ngilu sangat2!!


Mulai hari ini mari kita menggosok gigi dengan cara yang betul.Cara yang aku guna sekarang dipanggil 'Modified Bass Technique'.Cara ini senang saja tapi ambil masa lebih sikit la.

Tengok gambar ni =====>



*Guna berus gigi yang lembut supaya gusi tak sakit dan luka dan gosok perlahan-lahan

1. Mula-mula kita gosok gigi atas geraham dulu.Letakkan berus gigi bersudut 45 darjah dari permukaan gigi dan pastikan berus tu berada di antara gusi dan gigi (gumline)

2.Gerakkan berus gigi ke bawah dengan perlahan-perlahan sebanyak 20-30 kali.

3.Ulang steps kat atas utk gigi-gigi yang lain juga sebanyak 20-30 kali.Lepas tu naikkan berus gigi ke atas permukaan gigi geraham dan gosok dari belakang ke depan beberapa kali.

4.Untuk gosok gigi depan permukaan belakang gigi,letak berus secara menegak dan gosok secara perlahan-lahan sebanyak 20 kali.




5.Akhir sekali bolehla berus permukaan lidah dengan pemberus lidah yg ada kat belakang berus gigi utk elakkan nafas berbau dan jangan lupa guna Mouthwash/Listerine =)




P/S: Jagalah gigi anda sebaik mungkin kerana hilangnya gigi,duit pon melayang!-Pesanan dari doktor-doktor gigi sedunia =D

Sunday, May 1, 2011

Resipi Ayam/Udang Papprik Yang Senang


Assalamualaikum..

Hari ahad yg indah,bgn pon lewat dan perut dah berkeroncong,terus masak papprik campur arini...
So,aku nk berkongsi resipinya kat sini.

BAHAN-BAHANNYA:

6 ekor udang
6 ketul daging ayam
2-4 ulas bawang merah - (ikut saiz)
4 ulas bawang putih
3 cm halia
10 biji cili kering -ikut tahap kepedasan
Babycorn
Bunga kubis
Cendawan butang
Lobak merah
Perencah paste tomyam
Sos tiram
Serai
Daun limau purut

* Serai dan daun limau tu tak letak pon tak ape sebab dalam paste tomyam dah ada bahan-bahan tu,cuma kalau nak sedap lagi boleh letak


CARA-CARANYA:

1.Blend bawang merah,bawang putih,halia,cili kering bersama dan tumis sehingga garing

2.Masukkan perencah tomyam tadi dan tumis sekali.

3.Masukkan ayam dan kacau.Kemudian masukkan sedikit air dan sos tiram.

4.Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa.

5.Potong sayur-sayur tadi dan masukkan bersama udang tadi.

6.Tunggu sehingga sayur masak dan SIAP!!!







Selamat Mencuba!!!! =)


video - Megatron Went Wild During Fashion Show




Hai..

This video was taken during Cultural Night Finale..
My Batchmates / The organizing batch's fashion show!!!




P/S: Click at the bottom right square for fullscreen view

video - Fashion Show By Gerkhinators!




Assalamualaikum..

This video specially for Syafiq and Mimi yg xdtg waktu fashion show tu....hehe
Sorry terlalu terang plak video ni sebab spotlight byk sgt!




P/S: Click at the bottom right square for fullscreen view



Saturday, April 30, 2011

video of WONDER GIRL SALEM!! =D

Hyee...

Just wanna share a video during my college day!!!!
Performance by Ironhiders!!!The champion of Transformer 2011....congrats!

Also congrats to the organizing batch~~MEGATRON ROCK!!!




P/S: Sorry the sound are not clear coz this video was taken beside speakers






Thursday, April 28, 2011

Ramai Orang Tidak Tahu Keburukan Jika Tidak Menggantikan Gigi Yang Telah Dicabut

Blog Ping Site

Assalamualaikum semua..

Agak lama aku tidak update blog ni.Sekarang sibuk dgn kolej day,almaklumla aku photographernya..tapi selalu ponteng!haha

Ok,disebabkan sekarang ni aku tgh Posting kat Department Of Prosthodontic (Tempat org buat gigi palsu) so aku nk bercerita pasal gigi palsu.

Sebenarnya minggu lepas aku rasa ngilu sikit masa berus gigi,so kat kolej aku suruh Nazi ambikkan x-ray gigi aku,kot-kot la ada caries (gigi berlubang).Tapi alangkah terkejutnya aku!jeng3...gigi berlubang tak ada tapi interdental bone lost dalam 1 mm!(tulang yg mengelilingi gigi hilang).Wahh!!resah gelisah aku dibuatnya!

Petang tu cepat2 aku pergi jumpa doktor Orthodontic aku (braces),tanya dia pasal bone lost aku tu.
Dia tgk x-ray aku then sengih jer.
'it's nothing maaa...don't worry so much about it!it's normal'.Aihh legaaa sket!
Doktor aku cakap disebabkan aku pakai braces lambat (umur dah 20 lebih baru nk pakai) jadi tulang yg hilang masa aku pakai braces tu tak leh nk tumbuh balik kecuali aku pakai braces masa umur belasan tahun sebelum pertumbuhan terbantut!


So,orang yg pakai braces lambat ni memang akan ada bone lost dalam 0.5-1.5mm.
Pastu aku cakap la aku ada sensitivity masa berus gigi kat gigi geraham aku.Dia check dan cakap ada sedikit abrasion (satu lapisan gigi hilang dekat kawasan dekat2 dgn akar) disebabkan cara aku berus gigi tu salah!

Memang aku mengaku dulu aku gosok gigi salah,tapi lepas dah ambik dentistry dan belajar cara-cara memberus gigi dgn betul baru aku tukar dgn teknik memberus gigi yg betul iaitu 'Modified Bass Technique'.
So.terpaksala aku pergi tampal lapisan gigi yg hilang tu....tapi sampai sekarang aku tak pergi tampal lagi..haha..maleh btol!

Dulu aku pernah cerita kat entri aku kat sini yg aku pernah cabut gigi geraham aku dulu.Kat
 dalam x-ray yg aku ambik tu memang blh nampakla tempat yg aku cabut dulu sangat byk bone lost sebab aku biarkan jer,tak ganti or buat implant.So ada ruang kat situ dan gigi sebelah pulak senget sebab dah bergerak utk isi ruang kosong gigi yg telah dicabut tu.

Antara keburukan tidak menggantikan gigi yg telah dicabut ialah:

1-Risiko yg tinggi utk hilang gigi yg bersebelahan.


2.Gigi yg bertentangan akan tumbuh lagi tinggi berbanding gigi yg lain (supraeruption tooth)


      GIGI ATAS AKAN TERLEBIH TUMBUH KE ARAH RUANG KOSONG 
                                                          (SUPRAERUPTION)


3.Bila gigi yg bertentangan tu tumbuh lagi tggi dari gigi lain,risiko utk makanan berkumpul kat celah2 gigi itu juga tinggi (food impaction) dan aras gigi bila kita menggigit juga akan terganggu.(Mengganggu balance sistem stomatognathic).


*food impaction menyebabkan rasa sakit gigi sewaktu makan!


4.Gigi yg bersebelahan akan senget sebab dia akan bergerak ke arah ruang kosong yg ditinggalkan oleh gigi yg telah dicabut.


                                           GIGI SENGET KE ARAH RUANG KOSONG




5.Struktur sekeliling gigi yg telah dicabut juga akan menjadi lemah so terjadinya tulang alveolar hilang atau haus dan masalah gusi.






                                                TULANG ANTARA GIGI HILANG


6.Bila gigi bersebelahan senget,risiko utk mendapat gigi berlubang tinggi dan ini juga akan menyukarkan proses utk menampal gigi.




-------> Kesimpulannya,gigi yg hilang atau dicabut perlu diganti secepat mungkin utk mengelakkan perkara2 diatas berlaku.InsyaAllah nanti aku buat entri pilihan-pilihan yg ada utk menggantikan gigi yg hilang dan cara memberus gigi dengan betul!


Sekian dahulu..thanks! =)