CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

sila tinggal kan link anda disini =)

Penaja

ads

Friday, February 17, 2012

My First Day Orthodontic Attachment

Blog Ping Site

Assalamualaikum wbt...

Lama betul tak menulis kat blog ni..sempat baca2 komen je
Harini ada sedikit masa utk menulis =)

Alhamdulillah....sudah 2 mggu start kerja kat Klinik Pergigian Hospital Pasir Mas..
Semua staff kat sane baik2 belaka dan sgt2 ramah,byk bg tunjuk ajar..alhamdulillahh

Hari Rabu yg lepas,15/2/2012..aku start ortho attachment aku dgn pakar ortho kat klinik pasir mas yg dtg 2 kali seminggu..so aku akan assist Dr.hari rabu,pipah plak hari khamis..hari2 lain kat primary care!





Pagi pukul 8.00 aku greet Dr..manis jer dia senyum..
Mula2 biasala kan kami berkenal-kenalan dlu...xkenal maka xcinta..Lepas tu baru dia ceritakan kerja2 yg aku kena buat sepanjang attach dgn Ortho ni..

1-Kena clerking (diagnose) pesakit baru
2-Sketching the landmarks
3-Functional appliance 'twin block'
4.Debonding the bracket
5.Pasang molar bands n separators
6.Change the elastics
7.Take impression
8.URA
9.Scaling

Masa Dr.cakap aku kena wat 'twin block' dan 'sketching' tu telan airliur jer dgr...i dunno how to do it!kat india sy xbelajar buat dua bnde tu Dr!huhu...aku pon buat pengakuan terbuka yg aku xtau buat 2 benda tu...then she just smile...it's ok...i will teach u....heeeeeeeeee...LEGA!Thank u Dr. =)

Belum sempat nk berborak panjang...1st patient dh dtg..
Patient ni mahu buka braces dia hari tu jgk..so aku just observe cmne Dr.debonding the brackets...nmpak senang tp wallahuallam...xtry lg..
Then Dr suruh aku wat scaling utk gigi bawah,ambil impression dan bite registration utk buat retainers nanti ...so aku take over case tu..ptg suruh patient dtg balik utk ambik retainers...fuhhh pantas dan efficient sekali klinik kat malaysia ni..huhu

Banyak jugak patients hari tu tp mostly datang utk pkai molar bands dan ada jugak yg dtg sebab bands dah longgar..so kena la bonding balik..

Aku sgt bertuah sbb 1st day dh dapat tgk seorang patient cleft palate.Tapi tu patient review jer..Adik tu dah pakai screw arch expansion.So Dr.tgk perkembangan adik tu dan explained tentang joint surgery consists of ortho,pakar bedah mulut dan plastic surgeon.

Sorg lagi patient pulak ada Skeletal class ll..so kena refer ke klinik di kota bharu utk orthognathic surgery..

Patient aku tadi dtg utk try retainers dia...fuhh tangkap muat jer...sekali masukkan terus cun jer adapt dlm mulut...kalau kat india dlu berpeluh2 mau trim mana2 yg patut.jarang benar la sekali try dah ok!..huhu

Patients keep on coming smpai pukul 4.15.
So,ada lah masa utk Dr.explained kat aku serba sedikit ttg kes cleft tadi..borak2 dah pukul 4.35..so aku mintak izin utk ke bilik pegawai utk betulkan urat2 belakang yg sakit sbb berdiri lama sgt td...tepat pukul 5 jer trus punch card n balik!

Itu la cerita 'secara ringkas' ttg ortho attachment aku...mata dah ngantuk..mls pulak nk bercerita panjang. 

Overall my first day dgn Ortho sgt best!


Thursday, October 6, 2011

Sila Pilih Sari yang Mana Berkenan

Blog Ping Site


BOOKED

BOOKED


BOOKED


BOOKED




BOOKED


BOOKED
kain cotton lembut

BOOKED

BOOKED
kain with lining putih


BOOKED
                                                                   kain cotton lembut                              
                 
kain cotton lembut








Sunday, October 2, 2011

Industry Muzik Jepun yang Mantap!

Blog Ping Site

Assalamualaikum...

Lamanye tak update blog..



Korang pernah terfikir tak nk tengok konsert yg artisnya ialah kartoon animasi anime??
Cuba tengok video ni...Sugoiiiii!!!!
Macam-macam la orang Jepun ni...benda yang tak real pon nk minat,siap pergi tengok konsert melompat-lompat lagi tengok anime ni nyanyi...Hatsune Mika ni famous giler kat Jepun..walaupon tak wujud in real life and suara pon komputer generated.

Check it out...mmg awesome!




so,apa pendapat korang?



Wednesday, September 28, 2011

Senarai Nama Menteri-menteri dan Jabatan untuk temuduga SPA

Blog Ping Site

Assalamualaikum...

Buat kawan-kawan yg nk temuduga SPA tu...meh kita hafal sama-sama nama menteri-menteri ni...huhu


Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Senator Datuk Seri Idris Jala
Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom
YB Senator Dato’ Palanivel a/l K. Govindasamy – Baharu
Timbalan Menteri: Datuk Liew Vui Keong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri: Datuk SK Devamany
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan
Timbalan Menteri: Datuk T Murugiah
Kementerian Kewangan
Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek Hussin
Timbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai
Kementerian Pelajaran
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi
Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
Timbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman Yusop
Timbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maglin Dennis D”Cruz
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun
Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
Timbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup
Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan Menteri: Jelaing Mersat
Kementerian Pelancongan
Menteri: Dato’ Seri Dr Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Menteri: Datuk Johari Baharum
Timbalan Menteri: Chua Tee Yong
Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng
Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin
Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Senator Gan Ping Sieu
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maznah Mazlan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
Timbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Wira Chor Chee Heung
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Timbalan Menteri: Senator Heng Saei Kie
Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: A Kohilan Pillay
Timbalan Menteri: Datuk Richard Riot Jaem
Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri: Senator Datuk G Palanivel

Perubahan Kabinet baharu ini melibatkan perubahan yang berikut:
Menteri
  1. Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan bagi menggantikan Datuk Seri Ong Tee Keat yang ditamatkan pelantikan sebagai menteri;
  2. Datuk Wira Chor Chee Heung yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan pula dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menggantikan tempat Cho Ha.
Timbalan Menteri
  1. Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani;
  2. Senator Datuk Donald Lim Siang Chai sebagai Timbalan Menteri Kewangan;
  3. Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan menggantikan Datuk Wee Jeck Seng yang  ditamatkan pelantikan.
  4. Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
  5. Senator Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti;
  6. Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.
Selain daripada pelantikan baru, terdapat juga rombakan dari segi pertukaran portfolio dalam Senarai Menteri Kabinet 2010 yang melibatkan tiga timbalan menteri iaitu:
  1. Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;
  2. Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke Kementerian Pengangkutan;
  3. Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, telah memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda pada jam 3.30 petang Jumaat ini (4 Jun) di Istana Negara.
KEMASKINI PADA : 09 OGOS 2011

Friday, August 19, 2011

Hukum Tanam Gigi / Dental Implant

Blog Ping Site

Assalamualaikum...




Entri ni kesinambungan entri pasal hukum pakai braces sebab after kitaorg cakap pasal braces terus termasuk topik..'kalau orang dah meninggal dan dia ada tanam gigi waktu dia hidup,macam mana ek?-(aku la tu yg tanya soalan).
Sebab setahu aku sebarang benda asing yang ada kat badan kena buang bila dikafankan seperti tatto atau susuk.
Nina or nazi ntah yg cakap arwah pakcik dia ada besi kat kaki tapi waktu meninggal orang tak buka dan buang besi tu...Emm..so,kitorg agak musykil disitu...huhu
Kalau nak kira tampal gigi pon benda asing jugak.Adakah kena buang bila nk dikafankan nanti?
So.setelah sejam duk baca2 kat internet,aku jumpa ni ---->

sumber :Soal Jawab Agama ALAF 21,http://agama.zonalaf.com.my/

Di jawap oleh Ustazah Sakinah

Dibolehkan menanam gigi yang telah rosak dan menggantikannya dengan gigi yang baru. Ia tidak termasuk mengubah ciptaan ALLAH kerana pada asalnya gigi tersebut wujud. Kemudian rosak. Tambahan pula proses itu perlu memandangkan gigi sentiasa digunakan. Seorang sahabat pernah mengalami kerosakan hidung akibat peperangan. Kemudian beliau meminta keizinan Nabi s.a.w untuk menggantikan hidungnya dengan hidung yang diperbuat daripada emas. Lalu baginda membenarkan. Gigi yang ditanam itu tidak lagi perlu dibuka apabila meninggal. Kerana perkara seperti itu tidak pernah disebut dalam nas yang tsabit daripada Rasulullah s.a.w.

Berdosa Ke Kalau Pakai Braces?/Hukum Pakai Pendakap Gigi

Blog Ping Site

Assalamualaikum...



Hari tu aku,nazi.nina dan najwa tengah syok borak-borak kat Department Oral Surgery,tiba-tiba termasuk topik berdosa ke tak pakai braces??Kitaorg berpendapat tak berdosa kalau niat bukan untuk cantik semata-mata.tapi nak membetulkan gigi yang tak betul!huhu..

So, kitaorang semua except nina yg tak pakai braces cakap 'aku pakai braces bukan utk cantik,utk betulkan gigi depan,gigi ni.gigi itu'!!hahaha.Kalau dah pakai braces tu.niat nak nampak lebih elok sure2 la ade,walaupon sipi-sipi..huhu

Memandangkan aku agak free malam ni (walaupun esok mam nk viva pasal suture),aku search la pasal hukum memakai braces...so silalah baca di bawah!

sumber: fiqhmedic

Nabi sawbersabda :
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” – (Shahih Muslim #3966).
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-
( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.


Rujukan Fatwa :-
Fatwa didalam Bahasa Inggeris :-

Aku dan Cermin

Blog Ping Site

Assalamualaikum...



Hari ni aku nak bercerita pasal cermin lah!
Orang cakap.cermin ni teman rapat wanita!Aku mmg setuju bebenor la dengan statement tu...
Lelaki pon apa kurangnya...teman tapi mesra jugak dgn cermin,lagi2 yg jenis metrosexual!
Kalau keluar rumah tanpa tengok cermin rasa tak confident!ehhe..kot2 la...dot dot dot..
Tapi selain utk tengok muka cantik ke tak,pakai tudung senget ke tak,body nampak 'S' line ke tak..ape kata tengok cermin untuk reflex diri sendiri sekali sekala....

Tiba-tiba bila rasa menyampah dengan orang 

-tengok cermin dan cakap kat diri sendiri-->macamla orang lain tak pernah menyampah dengan ko!

bila rasa tak bersyukur dengan nikmat Allah SWT

-tgk cermin dan cakap kat diri sendiri-->Alhamdulillah...boleh tahan jugak aku ni,sempurna sifat aku..ada hidung,mata,telinga,mulut,dua tangan,dua kaki dan semuanya berfungsi dengan baik!

bila rasa nak marah kat orang lain

-tgk cermin dan cakap kat diri sendiri-->bersabar la sikit ko ni pon!Nanti ko tegurla...cakap baik2!chillex beb!sabar tu kan separuh dari iman...sabar itu kan indah!

bila rasa diri cantik..terperasan terlebih..lebih dari orang lain..bongkak!

-tgk cermin dan cakap kat diri sendri-->perasaan betul lah ko ni!jgn takbur sangat boleh tak..kan Allah tarik nikmat tu baru tahu...Kalau Allah nak tarik balik nikmatNya sekelip mata je.. beristigfar banyak2 la oii....

bila rasa nak mengutuk orang

-tengok cermin dan kutuk diri sndiri dulu..tengok betapa buruknya muka ko bila tengah mengutuk orang!

bila rasa diri teraniaya

-tengok cermin dan tanya diri sendiri-->ko pernah aniaya orang tak?selalunya what u give u get back!
-kalau mmg tak pernah tu,doala banyak2 kat ALLAH...selalunya orang yang teraniaya ni doa mereka termakbul!

lastly...bila rasa dah tak sabar nak kahwin

-tengok cermin dan cakap--->GATEI ni!!!hahahaha


                                                                       CHILLEX!


p/s: doa tgk cermin----->” Ya Allah, sebagaimana Engkau telah mengelokkan kejadianku, maka elokkanlah juga akhlakku. “