Blog Ping Site
Assalamualaikum...
Hari tu aku,nazi.nina dan najwa tengah syok borak-borak kat Department Oral Surgery,tiba-tiba termasuk topik berdosa ke tak pakai braces??Kitaorg berpendapat tak berdosa kalau niat bukan untuk cantik semata-mata.tapi nak membetulkan gigi yang tak betul!huhu..
So, kitaorang semua except nina yg tak pakai braces cakap 'aku pakai braces bukan utk cantik,utk betulkan gigi depan,gigi ni.gigi itu'!!hahaha.Kalau dah pakai braces tu.niat nak nampak lebih elok sure2 la ade,walaupon sipi-sipi..huhu
Memandangkan aku agak free malam ni (walaupun esok mam nk viva pasal suture),aku search la pasal hukum memakai braces...so silalah baca di bawah!
sumber: fiqhmedic

Nabi bersabda :
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” – (Shahih Muslim #3966).
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-
( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.
Rujukan Fatwa :-
1. حكم تقويم الأسنان المعوجة
url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1187775926711
url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1187775926711
2. عمليات التجميل للضرورة الطبية
url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528615176
url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528615176
Fatwa didalam Bahasa Inggeris :-
nice info
ReplyDeleteinfo inilah yang di cari selama ini..hehe..=)
ReplyDeleteteringin jugak nak pasang braces balik! rindu!
ReplyDeletemane ade braces haram! merapu la!
bagus info nih
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalammualaikum Kak. Sy nak tnya. Klau dah cbut 4 batang gigi utk pkai braces. Pastu xji pkai braces. Ada apa2 effect x??
ReplyDeleteSy dah pakai braces atas Tpi yg bwh belum. Tujuan pkai brces sebab nak btulkan Gigi bwh shja.
Tpi bila dah buat separuh jalan baru sy tahu yg pkai braces ni haram. Jdi, sy ingat Xnak pkai braces.
Cuma sy nak thu kalau sy x pkai apa jdi? Mkin Truk ke? Ke kena trus pkai jgk?
Wasalam...
ReplyDeleteadik dh cabut 4 batang gigi,so better continue je rawatan braces tu dik sb nti akan effet gigi adik yang lain.Adik blh bc entri akak yg pasal effeck cabut gigi xganti tu..mcm2 effect dia.
Owhh ye ke.. Baik lah Kak.. Trims kasih reply ya Kak..
Delete