CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

sila tinggal kan link anda disini =)

Penaja

ads

Thursday, August 11, 2011

Hukum Mandi Selepas Asar di Bulan Puasa

Blog Ping Site



Assalamualaikum...

Tiba-tiba hari ini aku rasa macam nak cari dalil pasal mandi selepas waktu asar di bulan puasa ni.Selama ni aku ingatkan makruh kalau mandi selepas asar kalau berpuasa sebab nenek aku selalu tegur dulu.."Mandi lewat-lewat bulan puasa ni kurus puasa tu".So,sepaham aku maybe makruhla kot mandi lepas asar ni..sbb tak berapa faham sangat maksud 'kurus puasa' yg nenek aku ckp tu.Ini kiranya fahaman turun temurun.

Selama ni selamba jer aku cakap kat kawan2 'makruhlaa mandi lepas asar di bulan puasa'!huhu...Sori pwens!

Aku google dan baca2 kat internet ni.terjumpa la dalil ni....------>


Rujukan :
1. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Fiqh al-Shiyaam : taisir al-fiqh fi dhau’ al-Quran wa al-Sunnah. cetakan ke 3 : Beirut : Mua’asasah al-Risalah, 2001. ms 94.



Tidak benar kenyataan yang mengatakan makruh hukumnya mandi selepas waktu Asar semasa menjalani ibadat puasa. Malah membasahkan kepala dan berkumur-kumur pernah dilakukan oleh Nabi saw dan para sahabat untuk meredakan rasa hawa kepanasan (menyejukkan). Diriwayatkan dari salah seorang sahabat ra :-
رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ الْمَاءَ وَهُوَ صَائِمٌ مِنْ الْعَطَشِ أَوْ مِنْ الْحَرِّ
“Aku melihat Rasulullah saw menuangkan air diatas kepalanya semasa beliau sedang berpuasa kerana kehausan atau kepanasan” -[Hadith riwayat Abu Daud #2365, dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani didalam Sahih Abi Daud]
Didalam ‘Awn al-Ma’bud menyatakan bahawa ini bermakna dibenarkan oleh syara’ bagi seseorang yang sedang berpuasa melegakan dirinya dengan cara menuangkan air dikepala atau dikeseluruhan badannya. Tegasnya :
وَقَدْ ذَهَبَ إِلَى ذَلِكَ الْجُمْهُور وَلَمْ يُفَرِّقُوا بَيْن الاغْتِسَال الْوَاجِبَة وَالْمَسْنُونَة وَالْمُبَاحَة
“Ini adalah pandangan jumhur, dan mereka tidak membezakan diantara mandi yang wajib atau yang digalakkan atau dibenarkan”
Syeikh al-Qaradhawi didalam Fiqh Shiyaam memetik beberapa catatan Imam al-Bukhari didalam kitab sahihnya (Bab Mandinya orang berpuasa) dan salah satu catitan tersebut menceritakan bahawa:-
ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ثَوْبًا فَأَلْقَاهُ عَلَيْهِ وَهُوَ صَائِمٌ
“Ibn Umar pernah membasahkan pakaian dan melekapkan/menampal pada dirinya semasa dia sedang berpuasa.”
Dari hadith dan amalan para sahabat jelas menunjukkan Islam membenarkan umatnya melegakan diri dengan membasahkan kepala atau mandi bagi tujuan menyejukkan badan dan mengurangkan kehausan. Malah jika dikaji dengan teliti, banyak lagi kemudahan yang Islam berikan kepada umatnya bagi membantu mereka melakukan ibadat berpuasa dengan sebaik mungkin. WA.
wassalam


No comments:

Post a Comment