CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

sila tinggal kan link anda disini =)

Penaja

ads

Thursday, August 11, 2011

Hukum Mandi Selepas Asar di Bulan Puasa

Blog Ping Site



Assalamualaikum...

Tiba-tiba hari ini aku rasa macam nak cari dalil pasal mandi selepas waktu asar di bulan puasa ni.Selama ni aku ingatkan makruh kalau mandi selepas asar kalau berpuasa sebab nenek aku selalu tegur dulu.."Mandi lewat-lewat bulan puasa ni kurus puasa tu".So,sepaham aku maybe makruhla kot mandi lepas asar ni..sbb tak berapa faham sangat maksud 'kurus puasa' yg nenek aku ckp tu.Ini kiranya fahaman turun temurun.

Selama ni selamba jer aku cakap kat kawan2 'makruhlaa mandi lepas asar di bulan puasa'!huhu...Sori pwens!

Aku google dan baca2 kat internet ni.terjumpa la dalil ni....------>


Rujukan :
1. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Fiqh al-Shiyaam : taisir al-fiqh fi dhau’ al-Quran wa al-Sunnah. cetakan ke 3 : Beirut : Mua’asasah al-Risalah, 2001. ms 94.



Tidak benar kenyataan yang mengatakan makruh hukumnya mandi selepas waktu Asar semasa menjalani ibadat puasa. Malah membasahkan kepala dan berkumur-kumur pernah dilakukan oleh Nabi saw dan para sahabat untuk meredakan rasa hawa kepanasan (menyejukkan). Diriwayatkan dari salah seorang sahabat ra :-
رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ الْمَاءَ وَهُوَ صَائِمٌ مِنْ الْعَطَشِ أَوْ مِنْ الْحَرِّ
“Aku melihat Rasulullah saw menuangkan air diatas kepalanya semasa beliau sedang berpuasa kerana kehausan atau kepanasan” -[Hadith riwayat Abu Daud #2365, dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani didalam Sahih Abi Daud]
Didalam ‘Awn al-Ma’bud menyatakan bahawa ini bermakna dibenarkan oleh syara’ bagi seseorang yang sedang berpuasa melegakan dirinya dengan cara menuangkan air dikepala atau dikeseluruhan badannya. Tegasnya :
وَقَدْ ذَهَبَ إِلَى ذَلِكَ الْجُمْهُور وَلَمْ يُفَرِّقُوا بَيْن الاغْتِسَال الْوَاجِبَة وَالْمَسْنُونَة وَالْمُبَاحَة
“Ini adalah pandangan jumhur, dan mereka tidak membezakan diantara mandi yang wajib atau yang digalakkan atau dibenarkan”
Syeikh al-Qaradhawi didalam Fiqh Shiyaam memetik beberapa catatan Imam al-Bukhari didalam kitab sahihnya (Bab Mandinya orang berpuasa) dan salah satu catitan tersebut menceritakan bahawa:-
ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ثَوْبًا فَأَلْقَاهُ عَلَيْهِ وَهُوَ صَائِمٌ
“Ibn Umar pernah membasahkan pakaian dan melekapkan/menampal pada dirinya semasa dia sedang berpuasa.”
Dari hadith dan amalan para sahabat jelas menunjukkan Islam membenarkan umatnya melegakan diri dengan membasahkan kepala atau mandi bagi tujuan menyejukkan badan dan mengurangkan kehausan. Malah jika dikaji dengan teliti, banyak lagi kemudahan yang Islam berikan kepada umatnya bagi membantu mereka melakukan ibadat berpuasa dengan sebaik mungkin. WA.
wassalam


Raya kali ke-6 di India..Double hatrick!!!

Blog Ping Site

Assalamualaikum semua....
Selamat berpuasa dan meningkatkan lagi amal ibadah kita di bulan Ramadhan yang mulia ini..

Dibulan puasa ni boleh la start layan lagu-lagu raya..huhu
Bila dengar lagu raya,sayunya hati..

Sayu...hati ini makin sayu..
Rindu....terkenangkan desa permai...
Wajah ayah bonda...bermain di mata...
Mengajak ku pulang ke desa..
Di hari bahagia...HARI RAYA!!!!

Seriusly aku dah lupa dah mcm mana perasaan excited nk beraya dulu..sejak study kat india ni,bila teringat Raya jer mengeluh!haihhhh...fikir nak beraya kat mana tahun ni,nak kena masak ape?berapa banyak?

Aku jejak kaki kat india ni pada 27/8/2006..masa tu,fly jap jer..tup2 dah kena beraya berjauhan dari family dh..

Raya-1 (2006)kat india,kitaorg celebrate kat CHENNAI...sambil2 berjalan tgk tempat.Kalau tak silap tu first time kitaorg travel dalam india ni.
Aku ingat lagi pergi Marina Beach...hahaha..beberapa org sahabat terpijak TAHI ORANG!!!Kat tempat lain klu sebut jer pantai mesti kita bayangkan bunyi ombak,udara yang nyaman dan pepasir yang bersih...tapi lain sikit kat india ni...penuh ngan sh*t..manusia dan binatang..adehla..dah terpijak tu bau semerbakla bus kitaorg...sian!dugaan di bulan puasa...huhu

                             SEMUA DAH CHECK SELIPAR N KASUT MASING-MASING

                              SEMUA DAH MULA PANDANG BAWAH BILA BERJALAN

Alamak dah lari topik..ok berbalik kpd raya kitorg..pagi tu kitorg makan2 kat hotel jer..beraya dengan makanan india..idli.puri.chapatti.roti,nasi goreng,etc...=(
Sambil makan2 adala acara bagi ucapan..Mula2 semua orang macam cool jer..tp after ucapan iggy yg tercakap 'walaupun jauh dari parents,korg jgn sedih2' terus airmata laju jer mengalir...huhu..dah suasana bertukar jadi emotional..Malamnya kitorg makan2 kat Pelita Nasi Kandar..







Raya ke-2(2007) kitaorg celebrate kat BANGLORE kat rumah sorang kenalan Alom...Malam sebelum raya kitaorg berbuka puasa rumah pakcik tu jugak.Sebelum kitorang balik hotel makcik ada bagi chapatti dan kari buat makan pagi raya nanti (esoknya)..huhu...So pagi raya tu bangun2 jer...dengan muka busuk,rambut yang huru-hara,kitaorg buat bulatan dan makan bekalan semalam sambil mendengar lagu raya..syahdu betul....
Dalam pukul 11 macam tu baru kitorang bertolak pergi umah pakcik semalam tu utk beraya ngn family dia...kitaorg  kena paksa makan sampai ada nangis2...opppsss!haha...
















Raya ke-3 (2008) kitaorg sambut kat Hostel Salem ni jer.Tahun ni agak meriah sikit sebab dah ada adik2 junior!Dapatla kitaorg pakat2 memasak lauk pauk tradisi raya...rendang,satay.nasi himpit,.roti jala,kari...etc!Tapi masyaALLAH...penat sangat masak..boleh dikatakan satu hari satu malam kitaorg masak!Tu la...menu xleh blah..taknak kalah ngan org2 kat malaysia...huhu.
Tukang masak plak separuh tiba2 balik beraya kat malaysia..so tinggal la kitaorg beberapa orang membanting tulang memasak...sibbaik ada junior2 tlg..=)..
Aku menjala roti jala dari pukul 5 pagi-10 pagi...fuhhh rasa nk terpengsan tapi berbaloi..dapatla rasa suasana raya sikit tahun ni dgn makanan yg best2..
Lepas beraya tengahari tu,semua bantai tidur sampai malam...penat..huhu













Raya ke-4 (2009) kitaorang sambut kat hostel di Salem jugak.Kali ni semua orang tak balik beraya kat Malaysia,so beban memasak tu ringan sikit.Tahun ni lagi ramai junior baru masuk,agak meriah sedikit bila dah ramai orang..hehe.Tahun ni aku memang dah tobat taknak menjala roti jala...fobia tahun lepas tak hilang lagi...huhu,orang lain ambil alih.Lepas enak menjamu selera dan bergambar,bila semua tetamu dah pulang,akak-akak senior ni buat sesi karaoke kat bilik TV...haha...syok!
Tapi yang sedihnya,ini adalah raya terakhir kami beraya bersama Arwah Fatimatussolihah (Al-Fatihah) =(...Semoga kau tenang disana Teem!













Raya ke-5 (2010) kitaorg sambut kat Hostel jugak!!!Tahun yang huru hara sebab kitaorg dah final year and tgh final exam!!!!waaaa...rasa tension bila ingat balik saat2 ni...tunggang terbalik nak study 7 subjek..tapi alhamdulillah..semua pass dengan jayanya!=)
Tahun ni tak buat besar-besaran pon,janji sambut raya jer.Tema tahun ni potluck,senang....semua orang masak sikit2...sikit2 lama-lama jadi bukit!Semua masak sedap-sedap!Aku yang suka makan ni ape lagi..makan tak ingat dunia...huhu..



















Raya ke-6 (2011).....COMING SOON!!!!!Rasanya beraya kat Hostel jugak! =(...Semua junior balik dan sesetengah senior balik...so tggal beberapa org saja beraya kat Salem tahun ni...tapi takpe...raya terakhir di bumi INDIA!!!yey!