CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

sila tinggal kan link anda disini =)

Penaja

ads

Tuesday, May 3, 2011

Keburukan Tidak Menggosok Gigi Dengan Betul dan Ketahui Cara Menggosok Gigi Dengan Betul

Blog Ping Site

Assalamualaikum...

Seperti yg telah dijanjikan dalam entri aku kat sini iaitu mahu tulis cara-cara menggosok gigi dgn betul,so harini aku nk bercerita pasal topik tu.

Sebelum datang india dan belajar dentistry ni,aku memang main gosok jer gigi so sekarang gigi aku ada sedikit masalah iaitu rasa sensitivity/ngilu bila makan coklat atau air sejuk.

Selama ni ingatkan tu macam normal jer tp 2 minggu yang lepas aku pergi check kat klinik doktor cakap ada sedikit abrasion (satu lapisan gigi aku haus dekat dgn bahagian akar).Kiranya dalam bahasa dentistnya Class V.So nanti kena la pergi tampal sikit.Nasib baik la tak seteruk mana lagi.

So.pentingnya kita tahu cara-cara menggosok gigi yg betul sebab jika kita salah gosok gigi nanti lama kelamaan akan jadi camni



GUSI AKAN NAIK KE ATAS (GINGIVA RECESSION) DAN SATU LAPISAN GIGI AKAN   HAUS DEKAT DENGAN AREA AKAR (ABRASION)

Korg bayangkan kalau makanan manis atau pon sejuk terlekat kat kawasan abrasion tu,mesti ngilu sangat2!!


Mulai hari ini mari kita menggosok gigi dengan cara yang betul.Cara yang aku guna sekarang dipanggil 'Modified Bass Technique'.Cara ini senang saja tapi ambil masa lebih sikit la.

Tengok gambar ni =====>



*Guna berus gigi yang lembut supaya gusi tak sakit dan luka dan gosok perlahan-lahan

1. Mula-mula kita gosok gigi atas geraham dulu.Letakkan berus gigi bersudut 45 darjah dari permukaan gigi dan pastikan berus tu berada di antara gusi dan gigi (gumline)

2.Gerakkan berus gigi ke bawah dengan perlahan-perlahan sebanyak 20-30 kali.

3.Ulang steps kat atas utk gigi-gigi yang lain juga sebanyak 20-30 kali.Lepas tu naikkan berus gigi ke atas permukaan gigi geraham dan gosok dari belakang ke depan beberapa kali.

4.Untuk gosok gigi depan permukaan belakang gigi,letak berus secara menegak dan gosok secara perlahan-lahan sebanyak 20 kali.




5.Akhir sekali bolehla berus permukaan lidah dengan pemberus lidah yg ada kat belakang berus gigi utk elakkan nafas berbau dan jangan lupa guna Mouthwash/Listerine =)




P/S: Jagalah gigi anda sebaik mungkin kerana hilangnya gigi,duit pon melayang!-Pesanan dari doktor-doktor gigi sedunia =D

No comments:

Post a Comment