CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

sila tinggal kan link anda disini =)

Penaja

ads

Thursday, April 7, 2011

Budak Kencing Yang Popular dan Kami Di Interview di Brussel

Blog Ping Site

Assalamualaikum...

Niat utk tgk siaran ulangan Champions League Manchester United VS Chelsea terbantut bila bukak TV tibe-tibe tak ada siaran plak.
Encek Warden!!!!!!aishhh bengang btol la,tak reti-reti byr bil ke???

So end up update blog.Aku nk cerita kisah kitorg kat Brussel!
Dari Amsterdam kitorg naik Eurail pergi Brussel.Sampai Brussel trus cari hotel yg kitorg dh book awal2 online.
Wahhhhh~~dasyat bilik kitorg!Siap ader TV,Piano,Sofa!!Berbaloi-baloi!Sebenarnya tempat tu rumah org tp dia sewakan bilik.Bangun pagi pakcik tu dh siapkan breakfast.ala-ala dlm cerita Hollywood gitu makanan dia..wahhh lagi!hehe



Aku tak tahu pon ape yg menarik kat Brussel ni kecuali coklat dia yg famous seantero dunia.So,aku mmg plan nk bli coklat manyak2!

Kat Brussel ni korg leh jalan kaki jer pusing2 bandar dia,tp yg xsangka nyer kat sini,ramai sgt org Arab!Ader satu street tu penuh ngn kedai2 org Arab jer sampaikn air Zam-zam pon ader org jual..so kitaorg mmg dah meleleh dah air liur tgk kedai2 makanan yg halal berlambak ni..tp xpe,jln2 dlu..sabar2

First kitorg g kat The Grand Place of Brussel!Mase tu ader org wat pengambaran kat situ.ehhe tp xkenal la plak pelakon nyer,jeling gitu2 jer..



















Tgh asyik kitorg ambil2 gambar tu,tibe2 seorg yg segak bergaya tegur kitorg.Uishh ader kamera!nk interview kitorg rupenya.Dia ckp dia dari America,tgh wat program utk promote pelawak America yg aku dah lupe namanye..mmg kena promote sbb xpopular lagi..haha.Yang anehnya,dia nk interview kitorg tp kitorg yg byk tanyer soalan..haha,kitorg tertunggu2 jgk,apela dia nk tnyer ni tp dia sengih2 jer..

'Hello!What r u doin here?
Owh hye..we came for a vacation,what program is this?
This is US program,we came to promote ******,u guys know him?sambil2 tunjuk gbr org tu..
errrrrrrr....senyum jer...
suasana senyap seketika sbb kitorg tggu bilala dia nk tnyer soalan lg ni
pahtu nazi tibe2 'it's so cold here!!!'(giggling) memecahkan suasana sunyi tadi!,hahaha..aku nk tergelak tp kontrol beb depan kamera..lepas abg tu blah kitorg trus kah kah kah kah...amboi najie..siap gaye2 lg noooo,famousla ko kat US nanti...haha.

After tu kitorg shopping sket2 and makan wafer Belgium yg amatttttt shedapppppp!






Lepas kenyang sambung jalan lg,kitorg ke Stoofstraat.Nak tgk Manneken Pis (Monument Budak kencing yg sgt famous kat Brussel ni).Aku dgr2 org ckp budak ni sebenarnya anak org kaya yg hilang,tp bila jumpe after 2 hari budak ni tgh padamkan api dgn menggunakan air kencing nya.Cerita budak ni byk versi sebenarnya,xtau yg mn satu btol.

Satu versi lg ckp budak ni hilang and dia kencing depan pintu seorg ahli sihir,terus ahli sihir tu sumpah dia jd batu.





Kitorg nk g Atomium tp cam dah xsempat,so end up beli coklat!wahh rambang mata tgk coklat2 kat cni.Tapi kena hati-hati,sbb ader yg xhalal.So kena tgk ingredients betul2 sbb tu la agak lme kitorg kat kedai coklat.





Time to eat!Kitorg decide nk try spaggeti kat cni.Emmmmm sedap!!!harga pon boleh tahan!






Kenyang perut senang hati!lalala
Percutian kitorg yg sudah hampir ke penghujungnyer.Dari Brussel kitorg naik Train yg lalu bawah laut utk ke London.

Wednesday, April 6, 2011

Bekas Plastik Boleh Tukarkan Lelaki Kepada Perempuan??

Blog Ping Site

Assalamualaikum...

Ini ader info menarik yg aku nk share.Korg percaya tak air blh tukar kan seorg lelaki kepada wanita?eeeeish pelik kan..aku pon tak percaya.Pape pon,korg baca la artikel dari KOSMO ni.

Lagi satu kena berhati-hati bila nk beli Tupperware.Kebanyakan kita skrg panaskan makanan jer guna tupperware pahtu campak jer dalam microwave kan?Kadang2 sampai bontot tupperware tu pon haus.Itu sangat bahaya!Seeloknya gunala bekas kaca.

Sumber:KOSMO




AIR walaupun sangat penting kepada tubuh manusia boleh bertukar racun memberi mudarat dengan bermacam cara.
Sebagai contoh, air bersih yang diminum menggunakan bekas plastik yang mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) dan Nonyphenol mampu menjejaskan kesihatan bahkan mengganggu sistem hormon.
Profesor Madya Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, salah satu daripada topik global yang sedang dibincangkan para saintis adalah bahan yang terkandung dalam bekas minuman plastik.
“Terdapat dua jenis bahan di dalamnya iaitu BPA dan Nonylphenol.
“Dua bahan itu digunakan untuk membuat bekas minuman seperti botol susu bayi kerana ia membuatkan plastik menjadi kuat dan tidak rapuh.
“Namun, ia memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia bahkan mampu menukarkan hormon di dalam badan manusia,” katanya.
BPA
Dakwanya, BPA dan Nonylphenol dikatakan lebih berbahaya terhadap lelaki kerana ia boleh menukar ciri lelaki kepada ciri wanita.
“Struktur molekul BPA dan Nonylphenol hampir menyerupai hormon yang terdapat dalam tubuh manusia.
“Jika manusia minum air menggunakan bekas plastik yang mengandungi BPA dan Nonylphenol, dua bahan ini akan menghapuskan hormon manusia sedia ada,” ujarnya.
Sebagai contoh, Pauzi berkata, jika seorang ibu minum bahan BPA dan Nonylphenol dan kemudian menyusukan anak lelakinya, bahan tersebut akan berpindah ke dalam tubuh anak lelakinya.
Secara tidak langsung, anak lelaki tersebut akan bertukar kepada ciri kewanitaan apabila dewasa kelak.
Menurut Pauzi, kajian di Tasik Apopka, Florida, Amerika Syarikat mendapati seekor buaya jantan yang terdedah kepada kedua-dua bahan itu akibat pembuang plastik di tasik tersebut telah bertukar secara perlahan menjadi buaya betina.
“Kajian pada tahun 1999 di Scandinavia pula menunjukkan ramai belia lelaki yang berumur 18 tahun secara perlahan memiliki sifat kewanitaan.
“Ini disebabkan kekerapan mereka terdedah kepada dua bahan tersebut.
“Lelaki yang sihat biasanya memiliki sebanyak 60 juta sperma untuk setiap mililiter.
“Malangnya, belia lelaki yang terdedah kepada dua bahan ini hanya memiliki sebanyak 20 juta sperma setiap mililiter,” katanya.
Selain isu pencemaran bekas minuman, sumber air yang diminum juga berupaya mendedahkan manusia kepada risiko penyakit kanser.

AIR paip yang sudah dirawat selamat diminum begitu sahaja.



“Air yang tidak dirawat mengandungi pelbagai bahan berbahaya seperti nitrat, arsenik, mikroorganisma dan bahan kimia daripada racun perosak.
“Setelah air di empangan memasuki pusat pemprosesan air, kebanyakan bahan itu berjaya dihapuskan.
“Klorin yang digunakan turut membantu menghapuskan bakteria.
“Begitupun, jika air yang telah diklorin itu bertembung dengan sisa organik seperti air kencing, ia akan bertindak balas dengan klorin dan menghasilkan Trihalomethanes (THM) iaitu bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser,” kata Pauzi.
Klorin
Jelas Pauzi yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang Sains Alam Sekitar, kandungan klorin yang terdapat pada sumber air minuman bagaimanapun tidak terlalu banyak.
Sebaliknya, kata beliau, tempat paling berisiko adalah di kolam renang kerana kandungan klorinnya tinggi.
Mengulas lanjut, Pauzi memberitahu, THM wujud di dalam kolam renang jika terdapat ramai individu yang mandi di situ.
Jika salah seorang daripada mereka membuang air kecil atau najis yang merupakan sisa organik, ia akan bertindak balas dengan klorin lantas menghasilkan THM.
“Walaupun kandungan THM itu rendah, jika tersentuh atau diminum, kita boleh mendapat kanser dalam jangka masa panjang,” katanya kepada Jurnal.
Disebabkan itu, kata Pauzi, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (USEPA) telah mengharamkan rawatan air minuman menggunakan klorin.
Katanya, ada dua cara rawatan air tanpa klorin iaitu dengan menggunakan teknologi osmosis balikan (RO) dan ultra violet.
Ironinya, menurut Pauzi, kebanyakan negara masih mengekalkan rawatan klorin kerana ia murah.
Bercerita lebih lanjut, menurut Pauzi yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Saintis Muslim Malaysia, terdapat banyak punca pencemaran air yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Monday, April 4, 2011

Masak Telur Guna Handphone



Assalamualaikum..

Sekarang ni semua benda2 pelik yg aku baca mesti rase cam nk pos kat blog jer..hehe
Korg layankan je la eh...=D TENKIU!

Entri yg menarik aku baca kat blog Atiey Azha...thanks dear sbb bg share =)
Rase cam mau berkongsi ngn korg semua.Kalau korg gayut lme2 kan mesti panas jer lubang telinga korg tu sampaikn telor pon blh msk dek krn kepanasan yg terhasil dr gelombang hp tu.



Korang blh cube sendri kat umah (sape yg bajet kaya dan tak syg kredit).Sepatutnye eksperimen ni diajar di sekolah-sekolah supaya pelajar-pelajar semua sedar tentang kebaikan dan keburukan hp ni. Kalau nak lebih berkesan , gunalah handphone yang murah-murah (tiruan) je sebab kadar radiasinya lebih tinggi berbanding handphone yang canggih manggih .

Yelah , handphone yang canggih manggih tu mungkin ditapis sikit tahap radiasinya . Apapun , radiasi tetap ada dan paling penting boleh masak okey ! Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telur telah dijalankan . Bahan digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit . Persediaan adalah seperti dalam gambar di bawah .


Panggilan di antara dua telefon diaktifkan selama lebih kurang 65 minit . Hasilnya seperti berikut :

15 minit – tiada apa yang berlaku
25 minit – telur mulai panas
45 minit – telur telah panas
65 minit – telur telah masak

Rumusan : Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur . Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak korang bila korang berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit .

Oleh itu , lagi lama korang bergayut lagi tinggi potensi korang untuk dapat penyakit . Antara penyakit yang disebabkan radiasi handphone ialah Kanser Otak .


p/s: SEKARANG NI NAK BELI HANDPHONE KENA CHECK TAHAP RADIASI JGK,SELAIN CANTIK  DAN BYK APPLICATION! 

Sunday, April 3, 2011

Fenomena aneh:Mati Lemas,Ikan keluar satu persatu dari badan

Blog Ping Site

Assalamualaikum..

Hari ni aku tertengok satu video yg mengerikan kat Wacava.net..
Dengar dari percakapan org dlm video ni,kejadian ni bukan berlaku di Malaysia.

Ni yg aku rase cam nk belajar berenang cepat2 ni,at least nti papehal ader la jgk ikhtiar..
Sekarang ni nk g pantai pon da rse cam fobia,lg2 kes tsunami dan gempa bumi yg makin menjadi2.Klu blh elakkan la tempat2 mcm tu ye!

Sesiapa yg tak kuat semangat tu,silalah jgn tgk video ni... tp cam rugi lak klu tak tgk sbb ni fenomena aneh ni!

Buat korang yg berani sila tekan sini------>