CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

sila tinggal kan link anda disini =)

Penaja

ads

Friday, August 19, 2011

Hukum Tanam Gigi / Dental Implant

Blog Ping Site

Assalamualaikum...




Entri ni kesinambungan entri pasal hukum pakai braces sebab after kitaorg cakap pasal braces terus termasuk topik..'kalau orang dah meninggal dan dia ada tanam gigi waktu dia hidup,macam mana ek?-(aku la tu yg tanya soalan).
Sebab setahu aku sebarang benda asing yang ada kat badan kena buang bila dikafankan seperti tatto atau susuk.
Nina or nazi ntah yg cakap arwah pakcik dia ada besi kat kaki tapi waktu meninggal orang tak buka dan buang besi tu...Emm..so,kitorg agak musykil disitu...huhu
Kalau nak kira tampal gigi pon benda asing jugak.Adakah kena buang bila nk dikafankan nanti?
So.setelah sejam duk baca2 kat internet,aku jumpa ni ---->

sumber :Soal Jawab Agama ALAF 21,http://agama.zonalaf.com.my/

Di jawap oleh Ustazah Sakinah

Dibolehkan menanam gigi yang telah rosak dan menggantikannya dengan gigi yang baru. Ia tidak termasuk mengubah ciptaan ALLAH kerana pada asalnya gigi tersebut wujud. Kemudian rosak. Tambahan pula proses itu perlu memandangkan gigi sentiasa digunakan. Seorang sahabat pernah mengalami kerosakan hidung akibat peperangan. Kemudian beliau meminta keizinan Nabi s.a.w untuk menggantikan hidungnya dengan hidung yang diperbuat daripada emas. Lalu baginda membenarkan. Gigi yang ditanam itu tidak lagi perlu dibuka apabila meninggal. Kerana perkara seperti itu tidak pernah disebut dalam nas yang tsabit daripada Rasulullah s.a.w.

Berdosa Ke Kalau Pakai Braces?/Hukum Pakai Pendakap Gigi

Blog Ping Site

Assalamualaikum...



Hari tu aku,nazi.nina dan najwa tengah syok borak-borak kat Department Oral Surgery,tiba-tiba termasuk topik berdosa ke tak pakai braces??Kitaorg berpendapat tak berdosa kalau niat bukan untuk cantik semata-mata.tapi nak membetulkan gigi yang tak betul!huhu..

So, kitaorang semua except nina yg tak pakai braces cakap 'aku pakai braces bukan utk cantik,utk betulkan gigi depan,gigi ni.gigi itu'!!hahaha.Kalau dah pakai braces tu.niat nak nampak lebih elok sure2 la ade,walaupon sipi-sipi..huhu

Memandangkan aku agak free malam ni (walaupun esok mam nk viva pasal suture),aku search la pasal hukum memakai braces...so silalah baca di bawah!

sumber: fiqhmedic

Nabi sawbersabda :
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” – (Shahih Muslim #3966).
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-
( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.


Rujukan Fatwa :-
Fatwa didalam Bahasa Inggeris :-

Aku dan Cermin

Blog Ping Site

Assalamualaikum...



Hari ni aku nak bercerita pasal cermin lah!
Orang cakap.cermin ni teman rapat wanita!Aku mmg setuju bebenor la dengan statement tu...
Lelaki pon apa kurangnya...teman tapi mesra jugak dgn cermin,lagi2 yg jenis metrosexual!
Kalau keluar rumah tanpa tengok cermin rasa tak confident!ehhe..kot2 la...dot dot dot..
Tapi selain utk tengok muka cantik ke tak,pakai tudung senget ke tak,body nampak 'S' line ke tak..ape kata tengok cermin untuk reflex diri sendiri sekali sekala....

Tiba-tiba bila rasa menyampah dengan orang 

-tengok cermin dan cakap kat diri sendiri-->macamla orang lain tak pernah menyampah dengan ko!

bila rasa tak bersyukur dengan nikmat Allah SWT

-tgk cermin dan cakap kat diri sendiri-->Alhamdulillah...boleh tahan jugak aku ni,sempurna sifat aku..ada hidung,mata,telinga,mulut,dua tangan,dua kaki dan semuanya berfungsi dengan baik!

bila rasa nak marah kat orang lain

-tgk cermin dan cakap kat diri sendiri-->bersabar la sikit ko ni pon!Nanti ko tegurla...cakap baik2!chillex beb!sabar tu kan separuh dari iman...sabar itu kan indah!

bila rasa diri cantik..terperasan terlebih..lebih dari orang lain..bongkak!

-tgk cermin dan cakap kat diri sendri-->perasaan betul lah ko ni!jgn takbur sangat boleh tak..kan Allah tarik nikmat tu baru tahu...Kalau Allah nak tarik balik nikmatNya sekelip mata je.. beristigfar banyak2 la oii....

bila rasa nak mengutuk orang

-tengok cermin dan kutuk diri sndiri dulu..tengok betapa buruknya muka ko bila tengah mengutuk orang!

bila rasa diri teraniaya

-tengok cermin dan tanya diri sendiri-->ko pernah aniaya orang tak?selalunya what u give u get back!
-kalau mmg tak pernah tu,doala banyak2 kat ALLAH...selalunya orang yang teraniaya ni doa mereka termakbul!

lastly...bila rasa dah tak sabar nak kahwin

-tengok cermin dan cakap--->GATEI ni!!!hahahaha


                                                                       CHILLEX!


p/s: doa tgk cermin----->” Ya Allah, sebagaimana Engkau telah mengelokkan kejadianku, maka elokkanlah juga akhlakku. “

Wednesday, August 17, 2011

Video-Cloud Fall From The Sky


Assalamualaikum....Subhanallah...Tak pernah terfikir pulak awan yang ringan boleh jatuh ke tanah...Allah Maha Besar!



Sunday, August 14, 2011

Disebalik Kegembiraan Untuk Pulang Ke Malaysia~

Blog Ping Site

I keep, I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
And this is how it feels


Assalamualaikum semua!

Selamat berpuasa dan beramal ibadat di bulan yang mulia ini.
Dah nak masuk 2 minggu dah kita berpuasa...cepat betul masa berlalu.

Entri kali ni aku nak meluahkan perasaan aku yang bercampur aduk antara gembira,sedih,takut!

AKU GEMBIRA SEBAB:

1.Sekarang ni bulan puasa,hati pon tenang sikit



2.Semua quota aku kat Surgery dah habis!haha
3.Lagi 3 bulan nak balik Malaysia FOR GOOD! 
Akhirnya tahun depan dapat beraya kat rumah!haha
4.Bulan 3 nanti nak dapat anak buah baru!yeyyyy!!!!akhirnya dapat sambut anak buah kat hospital..impian aku dari kecik nak teman mak aku kalau nak dapat adik baru tapi tak kesampaian sebab waktu adik2 aku lahir aku tak cukup umur!haha...Sekarang boleh teman kakak!Tapi kalau masa tu aku dah kerja...emmmmm kelaut la impian aku tuh!
5.Tohoshinki nak keluarkan album baru bulan 9 ni!!!hahahahahhaaha...EXCITED!



AKU SEDIH SEBAB:

1.Walaupun sepatutnya aku gembira sebab dah nak balik ke Malaysia selama-lamanya tapi sedih tu tetap ada.Nanti balik aku terpaksa menempuh fasa hidup yang baru iaitu alam pekerjaan.Rasa macam syg pulak nak tinggalkan college life walaupun kat sini college life rasa cam sekolah rendah jer...huhu.

2.Rasa sayang nak berpisah dengan kawan-kawan local kat sini especially Nishna!Budak cute yang sangat baik hati!!!!!Ayat nishna baru-baru ni mmg membuatkan aku terharu.
Aku ngadu kat dia masa kat kolej
me: 'Nishna,it's so heavy to bring laptop everyday but sir always postponed our seminar   presentation...haih!'
nishna:'It's ok..just use my laptop if u don't mind,no need to bring yours tomorrow'. me:'terharu!!!!!'huhu




                                                                MY BATCHMATES

3.Rasa rindu nak berjauhan dengan kawan-kawan yang bersama-sama berjuang kat sini selama 5 tahun!!!
Pahit manis kat sini semua kitorg tempuh sama-sama.Tertonggeng terbalik sama-sama masa exam finals!huhu...kenangan~~
Dah lima tahun duduk di bawah satu bangunan..sampaikan bunyi tapak kaki pon dah boleh kenal siapa!huhu.
Dah tahu baik buruk masing-masing...(biasala kan semua org ada pro n contranya)hehe tapi sebab dah lama berkawan dan tinggal sama2 rasa macam setiap baik dan buruk masing-masing ade 'charm' nye!..Kalau terasa hati pon kejap jer...buat2 mengajuk!hahahaha~aku harap semua orang pon jgn simpan dalam hati yek!=D



4.Nanti bila dah kat malaysia mesti aku rindu nak makan Grill Chicken kat barbequeen,Hydrabadi chicken kat Rasikas,Butter Chicken Masala,Tandoori Roti dan yg paling besh air teh dan coffee susu yang sedap!Guna susu freshhhhhh~~~~




                                               CILOK GAMBAR DARI INTAN

5.Walaupun aku tak nak akui..tapi for sure aku akan rindu bumi Salem ni!!!!terlalu banyak kenangan kat sini...aku mengharungi alam remaja kat Salem ok!ahhaha..tapi alhamdulillah...tempat ni agak conservative so kitorg takde lah terpengaruh dengan budaya-budaya tak sihat...ALHAMDULILLAH...kebaikan yg kebanyakan orang tak nampak!
Masa mula-mula datang sini,aku tengok sekeliling dan berfikir 'ini ke tempat yang aku kena tinggal untuk lima tahun,boleh ke aku bertahan??!',rasa sedih waktu tu sebab dulu Salem bukan macam sekarang,dah ada highway,semua jalan dah bertar,lalang-lalang tepi jalan pon dah kurang,dah ada restoran best2!
Tapi alhamdulillah...dah almost 5 years dan sekarang aku boleh jawap soalan aku utk diri aku sendiri tu...'BOLEH!!!!'


AKU TAKUT SEBAB:

1.Takut untuk mula berkerja di Malaysia nanti!!!Macam mana nanti nak adapt dengan suasana kat Malaysia.Macam mana kalau kat hospital nanti ada diskriminasi antara doktor-doktor lepasan india dan negara2 lain.

2.Macam mana kalau aku tak mampu mencapai dan menggapai apa yang orang lain
harapkan dari aku!

3.Macam mana kalau aku dapat posting kawasan pedalaman sorang-sorang...waaaaa~~

4.Bila dah bekerja nanti dah tak ada masa untuk hangout dengan kawan-kawan.Social life dah kurang...balik kerja dah penat....tido!So,hubungan dengan kawan-kawan pon akan renggang dan nanti bila jumpa balik after 2-3 tahun...AWKWARD!huhu....



5.Lastly...pressure bila orang-orang tanya "BILA NAK KAHWIN"..hahahahha...

akhir kata...

Lirik dari lagu Graduation- Vitamin C...
To all my Lovely friends!

And so we talked all night about the rest of our lives
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day
Cause we're moving on and we can't slow down
These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of the night in June
I Didn't know much of love, but it came too soon
And There was me and you, and then it got real blue
Stay at home talkin' on the telephone and
We would get so excited, we'd get so scared
Laughing at our selves thinking life's not fair
And this is how it feels

As we go on, we remember
All the times we had together
And as our lives change, from whatever
We will still be, friends forever

So if we get the big jobs and we make the big money
When we look back now, will that joke still be funny?
Will we still remember everything we learned in school?
Still be trying to break every single rule
Will little brainy Bobby be the stockbroker man?
Can Heather find a job that won't interfere with her tan?
I keep, I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
And this is how it feels


Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there? Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly




                                     ~DAaaaaaa~