Blog Ping Site
Assalamualaikum semua..
Agak lama aku tidak update blog ni.Sekarang sibuk dgn kolej day,almaklumla aku photographernya..tapi selalu ponteng!haha
Ok,disebabkan sekarang ni aku tgh
Posting kat Department Of Prosthodontic (Tempat org buat gigi palsu) so aku nk bercerita pasal gigi palsu.
Sebenarnya minggu lepas aku rasa
ngilu sikit masa berus gigi,so kat kolej aku suruh Nazi ambikkan x-ray gigi aku,kot-kot la ada caries (gigi berlubang).Tapi alangkah terkejutnya aku!jeng3...gigi berlubang tak ada tapi
interdental bone lost dalam 1 mm!(tulang yg mengelilingi gigi hilang).Wahh!!resah gelisah aku dibuatnya!
Petang tu cepat2 aku pergi jumpa doktor Orthodontic aku (braces),tanya dia pasal bone lost aku tu.
Dia tgk x-ray aku then sengih jer.
'it's nothing maaa...don't worry so much about it!it's normal'.Aihh legaaa sket!
Doktor aku cakap disebabkan aku pakai braces lambat (umur dah 20 lebih baru nk pakai) jadi tulang yg hilang masa aku pakai braces tu tak leh nk tumbuh balik kecuali aku pakai braces masa umur belasan tahun
sebelum pertumbuhan terbantut!
So,orang yg pakai braces lambat ni memang akan ada
bone lost dalam 0.5-1.5mm.
Pastu aku cakap la aku ada sensitivity masa berus gigi kat gigi geraham aku.Dia check dan cakap ada sedikit abrasion (satu lapisan gigi hilang dekat kawasan dekat2 dgn akar) disebabkan cara aku berus gigi tu salah!
Memang aku mengaku dulu aku gosok gigi salah,tapi lepas dah ambik dentistry dan belajar cara-cara memberus gigi dgn betul baru aku tukar dgn teknik memberus gigi yg betul iaitu
'Modified Bass Technique'.
So.terpaksala aku pergi tampal lapisan gigi yg hilang tu....tapi sampai sekarang aku tak pergi tampal lagi..haha..maleh btol!
Dulu aku pernah cerita kat entri aku
kat sini yg aku pernah cabut gigi geraham aku dulu.Kat
dalam x-ray yg aku ambik tu memang blh nampakla tempat yg aku cabut dulu sangat byk bone lost sebab aku biarkan jer,tak ganti or buat implant.So ada ruang kat situ dan gigi sebelah pulak senget sebab dah bergerak utk isi ruang kosong gigi yg telah dicabut tu.
Antara keburukan tidak menggantikan gigi yg telah dicabut ialah:
1-Risiko yg tinggi utk hilang gigi yg bersebelahan.
2.Gigi yg bertentangan akan tumbuh lagi tinggi berbanding gigi yg lain (supraeruption tooth)
GIGI ATAS AKAN TERLEBIH TUMBUH KE ARAH RUANG KOSONG
(SUPRAERUPTION)
3.Bila gigi yg bertentangan tu tumbuh lagi tggi dari gigi lain,risiko utk makanan berkumpul kat celah2 gigi itu juga tinggi (food impaction) dan aras gigi bila kita menggigit juga akan terganggu.(Mengganggu balance sistem stomatognathic).
*food impaction menyebabkan rasa sakit gigi sewaktu makan!
4.Gigi yg bersebelahan akan senget sebab dia akan bergerak ke arah ruang kosong yg ditinggalkan oleh gigi yg telah dicabut.
GIGI SENGET KE ARAH RUANG KOSONG
5.Struktur sekeliling gigi yg telah dicabut juga akan menjadi lemah so terjadinya tulang alveolar hilang atau haus dan masalah gusi.
TULANG ANTARA GIGI HILANG
6.Bila gigi bersebelahan senget,risiko utk mendapat gigi berlubang tinggi dan ini juga akan menyukarkan proses utk menampal gigi.
-------> Kesimpulannya,gigi yg hilang atau dicabut perlu diganti secepat mungkin utk mengelakkan perkara2 diatas berlaku.InsyaAllah nanti aku buat entri pilihan-pilihan yg ada utk menggantikan gigi yg hilang dan cara memberus gigi dengan betul!
Sekian dahulu..thanks! =)