CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

sila tinggal kan link anda disini =)

Penaja

ads

Sunday, May 1, 2011

Resipi Ayam/Udang Papprik Yang Senang


Assalamualaikum..

Hari ahad yg indah,bgn pon lewat dan perut dah berkeroncong,terus masak papprik campur arini...
So,aku nk berkongsi resipinya kat sini.

BAHAN-BAHANNYA:

6 ekor udang
6 ketul daging ayam
2-4 ulas bawang merah - (ikut saiz)
4 ulas bawang putih
3 cm halia
10 biji cili kering -ikut tahap kepedasan
Babycorn
Bunga kubis
Cendawan butang
Lobak merah
Perencah paste tomyam
Sos tiram
Serai
Daun limau purut

* Serai dan daun limau tu tak letak pon tak ape sebab dalam paste tomyam dah ada bahan-bahan tu,cuma kalau nak sedap lagi boleh letak


CARA-CARANYA:

1.Blend bawang merah,bawang putih,halia,cili kering bersama dan tumis sehingga garing

2.Masukkan perencah tomyam tadi dan tumis sekali.

3.Masukkan ayam dan kacau.Kemudian masukkan sedikit air dan sos tiram.

4.Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa.

5.Potong sayur-sayur tadi dan masukkan bersama udang tadi.

6.Tunggu sehingga sayur masak dan SIAP!!!







Selamat Mencuba!!!! =)


2 comments: