CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

sila tinggal kan link anda disini =)

Penaja

ads

Monday, April 18, 2011

Resipi Mee Hailam


Assalamualaikum..

Selamat bercuti semua!!!

Hari ni aku try wat Mee Hailam...emmm leh tahan!Pedas~~i loikeee,hehehe
so,kongsi kat sni lah resipinyer

BAHAN-BAHAN:

Mee kuning
50 g daging lembu
5 ekor udang
1 bawang merah labu besar'
5 ulas bawang putih
2cm halia
4 batang cili kering
1 biji carrot
5 biji cendawan butang
2 batang babycorn
2 bunga cauliflower
Serbuk black pepper
Sos tiram
Kicap Manis
Tepung jagung

p/s: nak tambah pape sayur pon boleh,kalau ade sawi,fishball and fishcake lg sodap!


CARA-CARA MEMBUATNYA:

1.Rebus daging dan kulit udang sehingga empuk (Air rebusan jgn dibuang)-500ml

2.Blend bawang merah,bawang putih,halia dan cili kering..Lepas tu tumis sehingga garing

3.Masukkan air rebusan daging dan kulit udang tadi berserta daging-daging tu sekali (kulit udang blh dibuang jauh-jauh)

4.Masukkan 2 sudu besar kicap manis,2 sudu besar sos tiram,1 sudu besar serbuk black pepper.Kacau sehingga sebati.Masukkan juga sedikit garam.

5.Lepas tu masukkan sayur mayur yg dah dipotong tadi berserta udang.

6.Akhir sekali masukkan 1 1/2 sudu tepung jagung utk pekatkan kuah.

7.Tada!!siap...blh la hiaskan dgn daun sup,cili merah serta bawang goreng!!nYUmmmy





P/S: Bagi sesiapa yg tak tahan pedas,blh kurangkan black pepper =)

2 comments: