CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

sila tinggal kan link anda disini =)

Penaja

ads

Sunday, May 15, 2011

Resipi Nasi Ayam Penyek


Assalamualaikum...

Hari ini aku rajin pulak nak update blog.
Sebenarnya hari ahad lepas buat nasi ayam penyek ni tp bru hari ni ada kesempatan nk kongsi resipi kat blog ni.
Jom cuba nasi ayam ni!!!

BAHAN-BAHAN dan CARA-CARA MEMBUATNYA:

UNTUK AYAM----->

1kg ayam dipotong bersaiz besar (direbus sekejap)
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih
2 sudu ketumbar
*goreng jintan dan ketumbar tanpa minyak sehingga naik bau
1 sudu serbuk kari
1 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
garam
minyak
tepung beras

Cara-cara membuatnya:

1.Goreng jintan dan ketumbar tanpa minyak sehingga naik bau.
2.Blend bahan-bahan yg digoreng tadi bersama-sama dengan serbuk kari,serbuk kunyit,serbuk lada putih,bawang putih,halia dan sedikit garam secukup rasa.
3.Sapukan rata pada ayam (ayam direbus dahulu 10 minit) dan marinate semalaman.
4.Keesokannya,gaul rata ayam diatas tepung beras dan goreng sehingga garing
5.Siap!

*air rebusan ayam jgn dibuang,blh digunakan utk membuat sup dan masak nasi nanti




UNTUK SAMBAL----->

6 Cili kering/cili merah
6 Cili padi
6 bawang merah kecil
3 biji tomato
5cm belacan
1 sudu setengah ikan bilis
3 sudu kicap manis
2 sudu sos cili

cara-cara membuatnya:

1.Goreng ikan bilis dan belacan berasingan sehingga garing dan asingkan
2.Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan lada kering (jika menggunakan lada kering).
3.Masukkan tomato yg telah dipotong,cili padi/cili hijau.Goreng hingga layu.
4.Biarkan bahan-bahan yg digoreng tadi sejuk sebelum blend.
5.Masukkan bahan-bahan yg digoreng,ikan bilis,belacan,kicap dan sos cili ke dalam blender dan blend.
6.Boleh tambah garam jika mahu sedikit masin.



UNTUK SUP----->

1.Tumis 4 ulas bawang putih sehingga garing dan masukkan air rebusan ayam tadi.
2.Masukkan juga sup bunjut,halia,sedikit garam dan kiub pati ayam
3.Akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup.



UNTUK NASI------>

2 sukat beras
1/2 bawang besar
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
Butter (klu nk guna olive oil pon blh)
5 cawan air sup yg dibuat tadi
serbuk kunyit

Cara-caranya:

1.Panaskan butter/olive oil dan tumis bawang besar,batang kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga
2.Masukkan beras yg sudah dibasuh dan di toskan dan gaul bersama-sama bahan tumisan tadi.Gaul selama 5 minit.
3.Masukkan beras tadi ke dalam periuk nasi dan tambah air sup,sedikit garam dan serbuk kunyit.
4.Lepas tu boleh la on kan rice cooker.




Jangan lupa Salad dan Timun!



Selamat Menjamu Selera!!! =)











1 comment:

  1. Wow, one complete great meal, love the sambal.

    ReplyDelete