CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

sila tinggal kan link anda disini =)

Penaja

ads

Monday, June 13, 2011

Resipi Ayam Rangup Bermadu/Chicken Honey Crispy


Assalamualaikum...

Sudah lama aku tak update blog..
Akhirnya hari ni ada gak mood nk berblogging.
Aku nak kongsi resipi simple ni dengan korg semua.
Selamat Mencuba yeh! =)

BAHAN-BAHANNYA:

-300 gram Ayam-bahagian dada ayam
-Tepung Goreng Ayam Segera
-Sebiji Telur
-1 ulas Bawang Besar/Bawang Merah
-5 ulas Bawang Putih
-5 cm Halia (Halia byk sikit dari biasa..baru sodap!)
-3 sudu besar Madu
-Capsicum
-5 Batang Lada Kering (Buang biji)
-1 Cili Hijau
-Sos tomato/Tomato Puree
-Sos Cili
-Garam secukupnya

CARA-CARA MEMBUATNYA:

1.Potong daging ayam memanjang dan sederhana tebal

2.Pecahkn telur dan masukkan tepung goreng ayam segera tadi kedalam mangkuk dan gaul biar
sebati.Lumurkan daging ayam dengan campuran telur dan tepung tadi.

3.Goreng ayam tadi sehingga rangup dan toskan minyak----->Asingkan.

4.Tumis hirisan bawang,halia,cili kering dan cili hijau sehingga garing

5.Masukkan tomato puree,sedikit sos cili dan 3 sudu besar madu.

6.Kemudian masukkan capsicum dan sedikit garam.Gaul sehingga sebati.

7.Akhir sekali masukkan ayam yg telah digoreng tepung tadi dan gaul sekejap sehingga sebati.

8.Tadaaaaaaaaaa!!!Siap~~~~~


P/S: Sorila presentation kurang menarik...tak ada bekas cantik utk hias..hehe =D





                             
                                                    SELAMAT MENCUBA =)

2 comments: